FOKUS KEPADA SEKARANG… ELAKKAN OVERTHINKING (FIKIR LEBIH)

Ambil pengajaran dari masa lepas amat penting. Merancang dan merencana untuk masa hadapan juga amat penting. Namun, bekerja untuk masa sekarang (now) adalah lebih penting.

Ramai yang gagal kerana terlalu banyak berfikir. Ini disebut overthinking. Overthinking kills.

Read more: FOKUS KEPADA SEKARANG… ELAKKAN OVERTHINKING (FIKIR LEBIH)

7 tanda overthinking (dengan izin dan hormat) adalah :

a. Bila ada masalah kritikal di masa sekarang (now), suka sangat nak kembali ke zaman silam. Suka sebut-sebut kejayaan dan ikon zaman silam seolah-olah yang lepas pasti dan masih relevan. Pemikiran legasi adalah tahap overthinking tahap pertama. Mudah berlaku dalam kehidupan. Ia terletak di garis pemisah antara over thinking dan zero thinking (pemikiran kosong).

b. Terlalu banyak strategi dan pilihan sehingga pendekatan yang paling mudah dan senang kadamg-kadang hilang di hadapan mata. Hanya ingin fikir solusi yang kompleks dan mahal sahaja.

c. Nampak dan celik sebatang pokok tetapi buta dan terhalang pandangan sebuah hutan. 

d. Takut dan gerun nak buat keputusan tapi berani berbincang dan berseminar sampai habis tenaga. Inaction.

e. Percaya – tanpa disedari – bahawa solusi selalunya mesti dari luar bumi dan bukan dari bumi. Solusi angkasa lepas untuk masalah bumi. 

f. Suka mendengar penasihat dan pemberi info dan idea yang mempunyai kepentingan peribadi dan/atau tidak berpengalaman sama sekali. Tak pernah pancing ikan puyu pun, tapi nak bagi idea pancing ikan yu putih.

g. Terlalu dalam ke masa hadapan sampai terputus habis rantaian dengan masa sekarang. Irrelevant for being so futuristic.

(sedang bergerak pulang ke Kuala Lumpur untuk kembali bekerja. Semoga semua selamat dalam perjalanan sempena cuti hari raya yang mulia).

MDB

Kredit : FB Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *