Teks Doa Majlis Peluncuran Kit Duta Sahsiah Peringkat Sekolah 2024

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ, وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِينَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Dalam majlis penuh keberkatan ini, kami menadah tangan penuh kesyukuran memohon pengharapan dan keredhaan daripada-Mu. Semoga Majlis Peluncuran Kit Duta Sahsiah Peringkat [Nama Sekolah] pada hari ini menjadi wadah untuk memartabatkan perpaduan dalam kalangan Warga Pendidikan, Rakan Strategik Polis Diraja Malaysia, pemimpin tempatan, dan juga masyarakat setempat serta para pelajar secara khususnya.

يَا قَوِيُّ يَا مَتِينُ

Kami memohon daripada-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kami kesatuan hati, emosi, minda, dan tindakan dalam melaksanakan amanah besar dan tanggungjawab yang diberi taklifan. Semoga dengan itu, kami mampu menempa kecemerlangan bagi menaungi dunia pendidikan, mengangkat matlamat karamah insaniah melalui pembentukan sahsiah, adab, dan integriti yang menjadi tonggak ketuanan dan ketamadunan ke arah Malaysia Madani.

اللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ ، قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ ، وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، عَلَى نُصْرَةِ شَرِيعَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ دَعْوَتِكَ، فوَثَقِ اللَّهُم رَابِطَتها، وَأَدِمٌ رُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنورِكَ ذِي لا يُحْبَوا وَاشْرَحْ صُدُورَهَا، بِفَيْضِ الْإِيمَانِ بِكَ

Ya Allah, Engkau mengetahui hati ini telah berkumpul kerana kasihkan-Mu. Bertemu dan patuh pada-Mu. Bersatu memikul dakwah-Mu. Hati ini juga telah berjanji setia, mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan hati ini. Tunjukkan ia jalan yang sebenar. Limpahkan dengan cahaya Rabbani-Mu yang tak pernah padam. Dan lapangkanlah dengan iman.

يَا اللَّهُ يَا كَرِيمُ يَا وَدُودُ

Perkenankanlah doa kami, agar segala usaha yang kami lakukan selama ini mampu membawa citra yang besar dan murni, mengangkat martabat dan menjulang tinggi dunia pendidikan yang kami cintai. Jadikan keikhlasan niat kami sentiasa dijaga dan terpelihara di hati. Walaupun kami tahu ya Allah, banyak perkara mengundang resah, dilingkari ujian, dan diselubungi mehnah. Semoga kesungguhan kami beroleh barakah, sepanjang hidup dipandu hidayah. Semoga semangat kerjasama yang kami tunjukkan menambah mawaddah, disuntik rahmah. Menambahkan kasih sayang, mendinginkan ammarah, serta mengembalikan qalbu yang suci kepada fitrah.

يَا رَحْمَانُ وَيَا رَحِيمُ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِين

Download : https://drive.google.com/file/d/1PY0XSsXp_XbkO-J9KuZO1lN9ukNrZ6t5/view?usp=sharing

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *