Bila umur sudah 40 tahun ke atas…

Bila umur dah 40 dan ke atas, kalau masih lagi belum bergelar jutawan, masih lagi belum ada lambojini, masih lagi belum ada banglo mewah, saya syorkan biarkanlah. Jangan korbankan masa ibadat kita untuk mengejar dunia yang sementara. 

Bukan maksud saya tak perlu bekerja, tapi jangan kalut² sangat nak capai perkara itu semua. Umur 40 dan ke atas ni sebenarnya tinggal satu step sahaja lagi nak ke alam akhirat. Bila² masa sahaja malaikat Izra’el akan ziarah kita. So, kena siapkan bekalan. Jangan miskin di sana. Miskin dunia berbaki beberapa tahun sahaja lagi nak mati. Namun kalau miskin akhirat, kita kan miskin selama²nya. 

Bila dah masuk siri 40 dan ke atas, pemberatan masa kita sepatutnya dah lain. Bab dunia ni kalau kita dapat, alhamdulillah. Kalau tak dapat pun alhamdulillah. Namun bab akhirat memang kena lebih. 

Jangan kita korbankan akhirat demi mengejar kesenangan yang sementara dan kesenangan yang menipu. Cuba bayangkan kalau kita habiskan semua masa, kita korbankan masa ibadat untuk kejar dunia dan bergelar jutawan pada usia 70, apakah faedahnya? Nak makan sepinggan pun dah tak berapa selera. Nak melancong pun lutut dah tak berapa larat. Akhirnya harta itu ditinggalkan. Waris mungkin kaya, tapi kita miskin akhirat. 

Pesanan saya, setiap hari, jaga solat berjamaah, baca Quran 20 mukasurat, peruntukkan sebahagian harta untuk bersedekah dan jangan lupa selawat ke atas Nabi s.a.w.


Sumber :

https://www.facebook.com/100000156730396/posts/pfbid0zDWGBeNHJH8DC1qqiLGH8oySfWa5BrS1pqBgCAU8fe3JV3XnQUdu74v6DPAfqS9l/?d=n

Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *