Tips Fotografi Menggunakan Telefon : RULE OF THIRDS….

Rules paling simple tapi boleh memberikan impact pada pandangan mata kepada sekeping foto, menjadi lebih seimbang dan seperti ada ruang movement ke hadapan.

Dalam Rule of Third, subjek yang kelihatan memandang ke sisi akan berada di 1/3 bahagian grid dan baki 2/3 adalah ruang memandangnya atau ruang latarbelakang yang ingin dimasukkan dalam gambar.

Dalam iPhone, boleh aktifkannya dalam Setting – Camera – Composition – Grid ON.

Gambar sebenar tiada grid line walaupun kita aktifkan grid, ia hanya sebagai panduan semasa kita nak ambil gambar

Dan bila kita gunakan grid dalam camera, nak minta anak-anak atau pasangan kita ambilkan gambar pun mudah. Sebelum snap, kita settingkan position dulu dan pesan kat mereka pastikan papa atau mama berada atas grid line 1/3 tu 😄

Saya ulang balik gambar-gambar terdahulu, tapi saya sudah edit letak grid line supaya lebih mudah faham.

Bagaimanapun, tak semua gambar mesti guna Rule of Thirds. Ada juga yang sesuai di tengah-tengah terutamanya jika subjek berdiri bertentang dengan camera dan ada objek lain di kiri dan kanan sebagai pengimbang.

Sumber : https://www.facebook.com/groups/iPhoneMalaysia/permalink/7863857806965481/


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *